Thursday, May 19, 2016

Testimoni yang tak akan dikeluarkan oleh mana-mana pengusaha serunding tapi kami selamba keluarkan juga 🙈

Bukan yang bagus-bagus je testimoni kita upload untuk tatapan prospek customer.



Yang kena return balik pun ada. Ini testimoni untuk program pemulangan serunding 😎

Untuk kes ini, total hampir 30kg serunding kita panggil balik untuk TUKAR dengan yang baru.

Ya kita tukar yang baru. 

Kenapa ganti yang baru? Kan bagus kalau lepas tangan je?

Jawapannya, membina kepercayaan ke atas sesuatu jenama perlukan pengorbanan. 

Bisnes ini merupakan hasil usaha, penat lelah, titik peluh yang dibina sejak hampir 10 tahun lalu selepas melepaskan diri dari belenggu ketiak ibu bapa tidak akan dibiarkan berkubur begitu sahaja hanya kerana 30kg serunding.

Yang penting customer suka, ejen-ejen pun rasa selamat untuk terus menjalinkan hubungan bisnes dengan kami untuk tempoh yang lebih lama. Amin...
.

Untuk pengetahuan yang ingin menceburi bidang serunding, Serunding Ikan merupakan serunding yang paling SUSAH untuk dihasilkan. 

Nak bagi tekstur sama, warna sama kena perlukan 100% perhatian semasa dimasak.

Yang paling penting untuk mengelakkan serunding ikan tu daripada BERKULAT itu yang paling penting dan paling mahal tekniknya.

Serunding ikan kalau tak kena teknik semasa dimasak akan berkulat dalam masa 1 MINGGU sahaja. 
.

Serunding Ikan kami tahan kulat selama 6 bulan. Serunding lain iaitu ayam dan daging tahan selama 1 tahun.

.

Kualiti terbaik untuk pelanggan kami. Tak comel boleh return.

Ejen-ejen jualan akan rasa lebih selamat berbisnes dengan kami. Percayalah, kami akan sentiasa menjadi yang terbaik.

Mudoh baso, sene kiro 💪💪💪

Nak order?

Whatsapp: 01119421620 

.

No comments:

Post a Comment