Terima Kasih Mak sebab ajar abe buat serunding
********************************************************
Alhamdulillah mak,
Makin ramai yang dah merasai betapa sedapnya serunding yang kekal rasa aslinya macam mak buat dulu.
.
Dulu mak yang buat rasa macam ni sekarang mak dah pergi hari ni abe masih lagi kekalkan resipi yang sama macam mak buat. Terima kasih mak ajar abe.
Asalnya dulu mak nak buat untuk makan anak beranak je tak sangka hari ni makin ramai yang dapat rasa serunding macam mak buat dulu.
.
Tak sia-sia mak paksa abe dengan kak semua turun ke dapur, tolong kupas bawang, tolong gaul santan, tolong sukat bahan-bahan..
Dulu ingat lagi mak siap tulis kat whiteboard resipi dan sukatan tu. Tiap-tiap kali nak masak serunding mesti rujuk situ. Hari-hari buat sampai 3 tahun pun masih rujuk kat whiteboard tu.😂😂
.
Hari ni kami berterima kasih sebab dengan tengok hari-hari semua tu dah dalam kepala. Dah dapat agak bahan banyak ni mesti serunding dapat banyak ni dan yang pasti SEDAP macam mak buat dulu-dulu. Allah rindunya 😭😭
Kalau la mak ada lagi mesti mak lagi semangat tengok komen-komen Whatsapp puji serunding mak. Mesti mak sendiri nak buat.
Ada yang memuji-muji cakap tak pernah rasa lagi serunding SESEDAP ni pun ada nak-nak pelanggan baru.
Ada juga yang cakap serunding ni moist sangat. Moist ni dalam bahasa Acheh lembab mak. Yang ni yang mahal sebab banyak serunding kat pasaran nampak kering dan rasa pun kering.
Gambar kat bawah tu gambar lawatan Kerajaan Negeri kat kilang yang mak tak sempat pijak lantainya.😭😭
.
Oklah mak setakat ini coretan rindu abe buat mak.
InsyaAllah mak, abe janji abe tak akan ubah resipi ni.
Semoga Allah menempatkan mak di kalangan orang yang beriman. Aminn...
.
=====================
Kami masih menerima tempahan anda..😍😍😍
Sila pm atau whatsapp ke
No comments:
Post a Comment