Thursday, May 26, 2016

Dulu disuruh emak kini tokey kilang serunding terbesar

Terima Kasih Mak sebab ajar abe buat serunding
********************************************************

Alhamdulillah mak,

Makin ramai yang dah merasai betapa sedapnya serunding yang kekal rasa aslinya macam mak buat dulu.
.

Dulu mak yang buat rasa macam ni sekarang mak dah pergi hari ni abe masih lagi kekalkan resipi yang sama macam mak buat. Terima kasih mak ajar abe.

Asalnya dulu mak nak buat untuk makan anak beranak je tak sangka hari ni makin ramai yang dapat rasa serunding macam mak buat dulu.
.

Tak sia-sia mak paksa abe dengan kak semua turun ke dapur, tolong kupas bawang, tolong gaul santan, tolong sukat bahan-bahan..

Dulu ingat lagi mak siap tulis kat whiteboard resipi dan sukatan tu. Tiap-tiap kali nak masak serunding mesti rujuk situ. Hari-hari buat sampai 3 tahun pun masih rujuk kat whiteboard tu.😂😂
.

Hari ni kami berterima kasih sebab dengan tengok hari-hari semua tu dah dalam kepala. Dah dapat agak bahan banyak ni mesti serunding dapat banyak ni dan yang pasti SEDAP macam mak buat dulu-dulu. Allah rindunya 😭😭

Kalau la mak ada lagi mesti mak lagi semangat tengok komen-komen Whatsapp puji serunding mak. Mesti mak sendiri nak buat.

Ada yang memuji-muji cakap tak pernah rasa lagi  serunding SESEDAP ni pun ada nak-nak pelanggan baru.

Ada juga yang cakap serunding ni moist sangat. Moist ni dalam bahasa Acheh lembab mak. Yang ni yang mahal sebab banyak serunding kat pasaran nampak kering dan rasa pun kering.

Gambar kat bawah tu gambar lawatan Kerajaan Negeri kat kilang yang mak tak sempat pijak lantainya.😭😭

.

Oklah mak setakat ini coretan rindu abe buat mak.

InsyaAllah mak, abe janji abe tak akan ubah resipi ni.

Semoga Allah menempatkan mak di kalangan orang yang beriman. Aminn...
.

=====================

Kami masih menerima tempahan anda..😍😍😍

Sila pm atau whatsapp ke

Thursday, May 19, 2016

Testimoni yang tak akan dikeluarkan oleh mana-mana pengusaha serunding tapi kami selamba keluarkan juga 🙈

Bukan yang bagus-bagus je testimoni kita upload untuk tatapan prospek customer.



Yang kena return balik pun ada. Ini testimoni untuk program pemulangan serunding 😎

Untuk kes ini, total hampir 30kg serunding kita panggil balik untuk TUKAR dengan yang baru.

Ya kita tukar yang baru. 

Kenapa ganti yang baru? Kan bagus kalau lepas tangan je?

Jawapannya, membina kepercayaan ke atas sesuatu jenama perlukan pengorbanan. 

Bisnes ini merupakan hasil usaha, penat lelah, titik peluh yang dibina sejak hampir 10 tahun lalu selepas melepaskan diri dari belenggu ketiak ibu bapa tidak akan dibiarkan berkubur begitu sahaja hanya kerana 30kg serunding.

Yang penting customer suka, ejen-ejen pun rasa selamat untuk terus menjalinkan hubungan bisnes dengan kami untuk tempoh yang lebih lama. Amin...
.

Untuk pengetahuan yang ingin menceburi bidang serunding, Serunding Ikan merupakan serunding yang paling SUSAH untuk dihasilkan. 

Nak bagi tekstur sama, warna sama kena perlukan 100% perhatian semasa dimasak.

Yang paling penting untuk mengelakkan serunding ikan tu daripada BERKULAT itu yang paling penting dan paling mahal tekniknya.

Serunding ikan kalau tak kena teknik semasa dimasak akan berkulat dalam masa 1 MINGGU sahaja. 
.

Serunding Ikan kami tahan kulat selama 6 bulan. Serunding lain iaitu ayam dan daging tahan selama 1 tahun.

.

Kualiti terbaik untuk pelanggan kami. Tak comel boleh return.

Ejen-ejen jualan akan rasa lebih selamat berbisnes dengan kami. Percayalah, kami akan sentiasa menjadi yang terbaik.

Mudoh baso, sene kiro 💪💪💪

Nak order?

Whatsapp: 01119421620 

.

Friday, May 13, 2016

Testimoni serunding

Gambar-gambar di bawah gambar testimoni pelanggan yang first time order.

Rasa sekali je. Terus terngiang-ngiang rasa tu kat mulut.


Lagi


Lagi 


Lagi


Harga masih kekal.

Harga serunding : 

 Ayam rm60/kg 
Daging rm55/kg 
Ikan rm45/kg 

Minimum 3kg je.

Untuk trial pun ada.

.


Monday, May 9, 2016

Jual serunding 27kg sehari 😘😘

Jual 27kg sehari je. 💪💪💪

Setakat ini jualan dari Kak Long 38kg selama hampir dua minggu.

.


Kak Long jual kat pejabat. Cara dia buat ialah dia start dengan jual tester kecik-kecik. Bagi customer rasa dulu. 

Dah rasa sekali, semua yang dah rasa tu terus order 1kg. Dan ada yang order lebih dari 1kg.


Komen-komen membina seperti :

" Payah nak jumpa serunding yang moist macam ni"

"Tak pernah lagi makan serunding sedap macam ni"

" terbaikla serunding ni"

.

Sapa-sapa yang nak order boleh terus order melalui Whatsapp: 


.

Friday, May 6, 2016

Lawatan Perasmian Kilang Baru oleh Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Negeri Kelantan

Sekitar lawatan kerja oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
=================

Lawatan diadakan oleh Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan yang diketuai oleh bos dia Dato Hj Che Abdullah bin Mat Nawi.



Turut hadir sama ialah pegawai-pegawai dari bahagian pensijilan Halal. InsyaAllah tak lama lagi kilang kami akan dapat sijil HALAL. Yahooo..


Dato' Haji Che Abdullah mengacau serunding.






Semoga dengan lawatan ini dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang lain.

Kilang pun dah semakin besar. Sesuai mengikut spesifikasi yang ditetapkan untuk memohon sijil Halal dan akan jadi kilang serunding pertama yang ada sijil HALAL.

.