Abe Din walaupun berasal dari Tumpat, Kelantan namun tidak begitu mengambil tahu mengenai serunding.
Seperti orang rumah saya sendiri, walaupun berasal dari Tg Lumpur, Kuantan yang dikenali dengan Ikan Bakar namun apabila ditanya kedai mana yang sedap orang rumah saya tidak tahu.
Begitulah Abe Din.
Hinggalah pada satu hari, Abe Din kebetulan ke Pasar Tanah Merah. Jarak Tumpat ke Tanah Merah lebih kurang 1 jam lebih perjalanan.
Semasa lalu di kawasan penjual serunding, boleh dikatakan semua peniaga di situ akan menyapa orang yang lalu di hadapan kedai untuk cuba serunding yang diletakkan di hadapan kedai.
Di kedai terakhir, Abe Din berhenti untuk mencuba. Sekali cuba terus rasa nak beli. Dalam hati Abe Din sedapnya serunding ni. Akhirnya Abe Din beli 3kg serunding daging untuk dibawa balik ke rumah.
Lupa nak bagitahu, Abe Din ni tinggal di KL.
Sampai di rumah, Abe Din jamu la serunding yang dia beli tu. Isterinya yang makan serunding tu rasa serunding yang sedap macam ni memang boleh jual. Lalu tercetuslah idea untuk jual serunding tu.
Kebetulan isteri Abe Din biasa menjual produk-produk dari Kelantan seperti Biskut Tin dan rempah Kuzi jadi dia dah ada marketnya sendiri.
Daripada 3kg tu hanya setengah kilo yang dimakan. Setengah kilo lagi dijadikan tester dan 2 kilo lagi dipacking semula kepada 100 gram.
Tepat seperti yang difikirkan oleh isteri Abe Din. Serunding ni memang 'laku keras' dan kini jadi satu masalah lain pula. Pelanggan sedia ada mahukan dalam bentuk 1kg.
Terpaksalah Abe Din sekeluarga balik ke Kelantan lagi minggu berikutnya dan terus ke Pasar Tanah Merah berjumpa dengan penjual serunding.
Abe Din meminta harga yang lebih special daripada harga RM65 yang dibeli minggu lepas kerana kali ini Abe Din nak ambil dalam jumlah 20kg tapi hanya dapat kurang RM63.
Cuti yang pendek memaksa Abe Din untuk membeli serunding di kilang serunding pertama yang disinggahinya sebanyak 20kg dengan harga RM48 sekilo. Murah..
Tiba di Kuala Lumpur, pelanggan-pelanggan yang sedia ada memudahkan jualan itu habis sekaligus.
Namun begitu masalah baru timbul.
Serunding yang baru ini tak sama rasanya dengan serunding minggu lepas. Akibatnya ramai yang komplen dan meminta Abe Din untuk mendapatkan stok serunding minggu lepas.
Minggu kali ini, Abe Din telah mengambil cuti selama seminggu.
Abe Din pulang ke Kelantan dan pergi ke Pasar Tanah Merah untuk bertanya di manakah kilang serunding yang dia makan tu. Tapi hanya jawapan serunding dari Tumpat. Tempat yang lebih spesifik tidak diberitahu.
Abe Din mula bertekad untuk mencari sendiri. Setiap pengusaha serunding di Kg Laut Abe Din pergi semata-mata untuk mencuba.
Hinggalah sampai ke kilang terakhir iaitu kilang saudara kami. Pun tidak dapat rasa yang sama. Abe Din bertanya dekat mana lagi ada kilang Serunding? Lalu saudara kami memberitahu ada satu lagi iaitu di Kg PERIUK.
Semasa sampai ke kilang kami Abe Din terus bertanya mana sambal daging nak try. Kami yang berada di situ pelik tapi terap memberi tester.
Dari suapan pertama terus Abe Din dan isteri menjerit "Hoh yang ni la, yolo doh hok ni"( Hah serunding yang ini la, betul dah serunding ni).
Begitulah cerita Abe Din dan serunding kami. Ini memang betul-betul terjadi bukan rekaan untuk memanipulasi cerita untuk menjadikan serunding kami laku.
Tanpa cerita ini pun santan yang digunakan setiap hari berjumlah 300kg. Gaji pekerja dibayar setiap hari sebanya RM1000. Kapasiti serunding berjalan setiap hari terpaksa dirahsiakan.
Cerita ini diceritakan semula sebagai pesanan kepada diri sendiri dan keluarga serta pengusaha serunding lain apabila kawalan kualiti serunding dijaga pelanggan akan tetap setia dengan produk kita.
Jagalah kualiti, walaupun harga barang semakin meningkat jangan dikurangkan kuantiti rempah ratus semata-mata nak dapatkan untung jangka pendek sedangkan kita nak serunding ini kekal hingga ke anak cucu dan cicit dan seterusnya. InsyaAllah.
Harga serunding kami masih kekal.
Ayam : RM60/kg
Daging: RM55/kg
Ikan : RM45/kg
Minimum 3kg.
Contact / Whatsapp:
No comments:
Post a Comment