Tuesday, May 22, 2018

Pemenang Serunding Terbaik Peringkat Negeri Kelantan

Cara pembungkusan serunding. Dalam gambar kat bawah ni dalam setiap plastik hijau tu ada serunding 10kg. Tapi sekarang ada style pembungkusan baru. Bungkusan 5kg. Senang geng borong nak bawak.



Bungkusan serunding dalam bentuk 5kg




Kalau guna pos kita akan guna Poslaju. Dan bungkusan pun akan ada extra seal dengan wrapping plastik keliling. Banyak dah kes kena makan dengan tikus kat Pejabat Pos. 


Ok kalau nak order serunding yang dinobatkan sebagai serunding paling sedap, paling terbaik dalam Kelantan boleh ketik link ni : https://www.wasap.my/601119421620 


Saturday, May 19, 2018

Serunding borong masih beroperasi!

Lama tak menulis kat blog ni. Semenjak update app kat telefon dah tak boleh masuk blog ni sebab app blogger dah kena tarik dari appstore.

Hari ni jumpa alternatif lain boleh masuk. Alhamdulillah.

Yang mana nak order serunding boleh ketik link ni https://www.wasap.my/601119421620 

Harga masih sama.

Serunding Daging rm60 
Serunding Ayam rm65 
Serunding Ikan rm50


Thursday, April 12, 2018

Serunding Daging selamat sampai ke Jakarta

Dah selamat sampai ke Jakarta. Regular customer sejak tahun lepas dia order. Setiap 2 bulan dia amik 5kg untuk makan sendiri. Makan kat Jakarta pulak tu.

Nak order serunding yang menang serunding terbaik peringkat Negeri Kelantan? Wahsap je www.wasap.my/01119421620

.



Thursday, November 23, 2017

Pos 5kg serunding dengan hanya RM5.90 sahaja !!



Berita baik untuk customer yang dihargai. Promosi pos kita bagi untuk beli sehingga 5kg.

Semua penghantaran ke Semenanjung Malaysia pada harga RM5.90 je. Tempoh promosi hingga 1.12.2017. 

Kalau beli lebih dari 5kg contohnya 5kg serunding ayam, 5kg serunding daging dan 5kg ikan kita akan buat 3 slip. 15kg baru RM17.30. 

Semua penghantaran guna POSLAJU pula tu. 

Untungnya... 

Nak order boleh whatsapp di link ni https://www.wasap.my/601119421620

Tuesday, November 14, 2017

Anugerah Serunding Terbaik Kelantan

Ada dua kategori. Serunding Ayam dan serunding daging. Dua-dua dinobatkan sebagai serunding terbaik. Terbaik tu bermakna paling sedap la.

Mula-mula ingat dah tak menang sebab last minit hantar. Hantar tu pula bukan yang terbaik lagi sebab hantar yang bahagian terakhir serunding. Yang sedap-sedap dah siap bungkus nak hantar kat customer. Jadi hantar jela yang tu. Sebab tu tak sangka boleh menang. Last minit punya hal.


Ni gambar yang dihantar oleh urusetia nak bagitahu yang serunding kami menang tempat pertama kategori serunding terbaik peringkat Negeri Kelantan.


Yang ni clear sikit. 


Yang ni kategori serunding ayam. No 1 juga. 


Ha ni gambar besau dia. Serunding Ayam terbaik. Mesti tak menyesal bila beli.


Yang ni serunding daging. No 1 juga. 


Ni nama Ekspo tu. 


Antara aktiviti program.


Ni la kalau nak tau orang panggil surat.


Ni orang panggil borang.


Ni sijil yang akan ditampal kat kilang.

Banyak sangat gambar nanti berat web. Cukuplah tu tanda kemenangan kami sebagai pejuang serunding sedap. 

Jomlah order banyak-banyak kat https://www.wasap.my/601119421620



Order minggu lepas

Alhamdulillah delivery minggu lepas. Kesan tempias dari kemenangan tempat pertama serunding ayam dan daging terbaik peringkat negeri Kelantan.



Minggu depan kita update lagi. Order minggu ni ramai dari customer baru.  

Bagi yang dalam page ni kalau nak order tekan link wasap ni https://www.wasap.my/601119421620

Wednesday, September 27, 2017

Kisah Serunding Ikan

Dalam tahun 2015 kami dapat panggilan telefon dari Puchong. Masa tu seminggu sebelum puasa. Dia cerita yang dia buat serunding ikan jual di pasar tani di Puchong.
.

Masa tu dia telefon tanya tentang harga borong dan harga jualan di pasaran. Harga masa tu RM35 sekilo sebab ikan selayang harga baru dalam RM3.00 sekilo. Tahun ni RM8.00 sekilo. Huhu
.

Dalam seminggu lepas tu dia telefon balik tanya resipi. Dah bagi resipi dia cakap sama je macam dia punya resipi. Siap tanya sukatan lagi. Kami siap bagi sukatan lagi untuk satu kawah. 
.

Dia kata dah ikut semua resipi yang kami bagi tapi ramai customer dia datang pulangkan balik sebab dah berkulat lepas  2 minggu beli.
.

Ikut resipi tu yang diberi tu dia kata sedap tapi tak tahan lama. Masa tu lah kami bagitahu dia tak payah susah-susah nak buat sendiri. Beli je borong dari kami sebab dah terbukti sedap dan tahan lama.
.

Ramai yang boleh buat sendiri serunding ikan tapi ramai tak sanggup menunggu depan kuali selama 8 jam sambil mengacau serunding tu untuk pastikan tahan lama sehingga 8 bulan. 
.

Tu je rahsia nak bagi tahan lama. Sanggup tunggu 8 jam sambil kacau serunding tu dah boleh jadi tokey serunding. Senang kan?

.

Nak lagi senang order je dari kami. Ikan yang kami guna pun import khas dari Kuala Terengganu. Bersih dari tulang temulang. Hanya isi semata-mata. Bila serunding banyak isi rasanya Allahu sedap gilerrr.
.

Ramai cakap suka ratah macam tu je serunding ikan kami sebab cukup segala sifat. Sedap, isi banyak, rasa lemak-lemak.
.

Nak cerita lagi pasal isi banyak. Tahu tak tang serunding ikan kami buat ni kalau blender bagi lagi halus boleh doublekan pendapatan pembuat-pembuat kuih macam popia simpul tu semua. Tu rahsia yang ramai orang buat kuih tak tahu. 
.

Ramai beli serunding ikan yang murah sebab nak jimat tapi rasa tak sedap. Tak mahu ke kita terkenal dengan kuih yang sedap yang saban tahun orang akan order sebab dah tahu pasti sedap?
.

Macam tu la serunding kami. Kualiti, kesedapan, keindahan tekstur, banyak isi semua lengkap didatangkan dengan pakej RM50.00 sekilo. 


.

Tu je nak cerita. Kalau rasa nak yang murah teruskan. Banyak serunding yang dijual dengan harga lebih murah di pasaran tapi rasa belum tentu kena dengan anak tekak. Akhirnya terpaksa mencari lagi yang kena dengan anak tekak.
.

Ramai dah pelanggan kami macam tu. Asalnya mencari yang murah tapi sebab yang murah tak ada stok terpaksa beli dengan kami. Sekali beli terus merah padam muka sebab terkejut dengan rasa yang sedap lain dari yang pernah dimakan sebelum ni. Terus jadi customer tetap tiap-tiap tahun order. Hihihi

.

Ok 

https://www.wasap.my/601119421620 kalau nak order dengan penuh gaya 😁😁